Ya, semasa dalam keadaan jiwa sangat lemah memang sangat menjejaskan pemikiran dan fizikal kita.
Saya sering struggle walau hanya untuk bangun dari katil bagi menghadapi hari. Bertempur dengan diri sendiri, mencari kekuatan untuk bangun dan bergerak keluar dari bilik tidur. Logik akal dalam otak saya berkeras, menyuruh saya bangun, mandi dan bersiap ke kampus. Tapi sebahagian diri saya amat takut, taknak keluar dari rumah, tak mahu berjumpa sesiapa.
Ada satu ketika saya rasa terlalu lemah, sehinggakan saya sujud di atas tilam, menghadap arah kiblat, dan memohon sungguh-sungguh pada Allah s.w.t. supaya diberikan kekuatan untuk melawan rasa ketakutan itu, sebab saya perlu ke kampus ada meeting dengan penyelia saya. Begitu tak berdayanya saya ketika itu. Dan Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya dan saya dapat menjalani hari tersebut.
Satu lagi kepayahan bila keluar dari rumah ialah saya perlu berlakon. Pura-pura ceria, tiada masalah and i'm okay. But in reality, everything is not okay!
Sentiasa rasa keseorangan.
Ini adalah hakikat yang saya hadapi. Walau sejauh mana saya mahu menyendiri, namun percayalah bahawa sesungguhnya saya mahukan teman. Teman untuk saya bercerita, untuk mendengar luahan rasa saya. Tapi entah mengapa, teman itu bagaikan suatu logamaya. Semua yang saya sangkakan sahabat kini senyap. Hilang. Sehinggakan saya mempersoalkan 'Tiada nilaikah aku di hati mereka?'
Mujur Allah hadirkan insan-insan yang tidak putus asa sentiasa mencari, bertanya khabar, mengajak keluar dan beraktiviti. Bayangkan adakalanya 10 kali diajak, kali ke-11 barulah saya katakan iya. Itupun kerana malu setelah berkali-kali menolak. Terima kasih kerana sabar. Sekurang-kurangnya, dengan adanya mereka, saya tidak hanyut dan tenggelam dalam melayani tekanan perasaan saya dengan berkeseorangan. Terima kasih Aishah, Ifa, Yana. Dan terima kasih Raja... Kerana tidak mengalah dan tidak biarkan saya sendiri.
Ya, mujur Allah sentiasa ada bersama saya. Dan Alhamdulillah, kasih sayang Allah sentiasa melimpah ruah pada saya. Semua tanda-tanda kasih sayangNya ini sangat jelas ditunjukkan terutamanya pada saat saya hampir berputus asa dalam menghadapi setiap ujian yang datang, baik kecil ataupu besar.
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment